Alkisahnya Kek Red Velvet



Kek Red Velvet

Aku sudah lama dengar nama kek ini. Dan nama kek ni memang gah, macam kek yang hanya dimakan oleh orang tertentu sahaja. Sejujurnya, sejak nama kek ini naik popular, aku belum pernah cuba lagi. Hanya semalam aku pergi kedai kek, dan ternampak kek ini dijual dengan versi melty cheese....dan terselit nama Nutella dalam nama kek red velvet mereka. So I'm imagining of almond taste chocolate with cheese melting in your mouth bila makan kek ini. Dan kek itu gebu-gebu, lembut saja di lidah.

Dengan imaginasi sedemikian, sudu yang dibekalkan amatlah tidak sesuai untuk menyedok kek tersebut dari dalam kontena jadi, harus guna sudu makan yang lebih besar portionnya. Dengan bukaan mulut yang besar dan feeling menikmati melty cheese, bila mana kek tersebut masuk dalam mulut, muka aku terus berubah. Erk, lain pula rasa dia. Sangat jauh dari imaginasi. Cream cheese terasa manis dan kek terasa sedikit pahit macam terlebih soda mungkin. Other than that, tiada rasa lain yang unik. Akhirnya, aku cedok-cedok kek Si Husband walaupun dari atas sampai bawah warna putih saja cuma ada hiasan almond dan jalur zig-zag coklat tapi lebih sedap berbanding kek aku.

Kalau mengikut resepi yang ada di internet, kek ini ada serbuk koko, ada buttermilk, vanilla...dan that red is just a food colouring. Jadi rasa kek pasti ala-ala kek coklat. Dan frosting is cream cheese, jadi harus lagi enak kombinasi rasanya, kan...? Hmm, ini yang buat rasa tidak puas hati untuk merasa kek red velvet yang sebenar ni..!

Akan aku cuba buat kek ini suatu hari nanti!




Adoption

Si Husband bawa balik anak kucing. Konon anak kucing tu sembunyi bawah kereta masa Si Husband pergi kedai tadi.


Selit muka di celah ketiak

Kesejukan selepas mandi


Tidur...like a baby


Semoga murah rezeki kami sekeluarga....



Novel: Berjuta Warna Pelangi


Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora

Akhirnya, novel ini habis juga dibaca semenjak aku masukkan ia ke dalam beg aku tiga minggu yang lepas. Aku baca hanya ketika aku dalam train. So, its a good thing sebenarnya kan.

Secara keseluruhannya, Berjuta Warna Pelangi tulisan Iris Ixora menarik. Latar belakangkan budaya dari Indonesia tapi still ada terselit budaya dari Malaysia. Seperti kebanyakan novel, cerita ini juga berdasarkan cinta cuma penekanannya lebih kepada bagaimana kita mengurus emosi dan ketahanan kita terhadap cabaran hidup.

Kemuncak plot cerita sangatlah memberi kesan (terhadap aku) sehingga aku hampir mengeluarkan air mata. Nasib saja waktu itu aku dalam train, ramai orang. Kalau di rumah sudah ambil tisu mungkin. He he.

Misi seterusnya, cari buku lain pula sebagai teman aku dalam train. Tapi buku yang aku ada sekarang semuanya English.. Huh. Lambat sikit lah aku membaca ni nampaknya...




Project #5: Camera Case


Jeng jeng! Projek lain yang terbengkalai.



Sabtu, aku tiada buat apa. Mahu jalan-jalan tapi tiada teman. Si Husband pergi Labuan ada urusan. Teringat dengan case kamera yang aku beli 8 tahun dulu sudah terkopek-kopek. Jadi, sepanjang hari aku cuba siapkan sarung kamera yang baru untuk kamera antik aku tu. Berbekalkan asas mengait yang aku ada, aku cuba-cuba lah mengira stitch, menbayangkan rupa bentuk sarung kamera tersebut. Try and error orang bilang... 



Tapak untuk case itu.

Separuh jalan mengait, datang pula kucing

Kucing manja- manja minta perhatian

Main benang aku pula dia

Hah, gigit jarum kait lagi

Tadaa... siap sudah case baru.


Budaya Membaca


Ingat tidak, masa sekolah dulu ada satu program nama Program NILAM?
Seingat aku, program ni aku jumpa waktu sekolah rendah. Cikgu akan bagi satu borang untuk diisi berpandukan buku yang telah kita baca. Masa sekolah menengah aku tidak ingat kalau aku ada ikut program ni (atau mungkin tidak dianjurkan di sekolah aku waktu tu).

Waktu sekolah rendah memang aku aktif pinjam buku. Ngam lagi ada perpustakaan bergerak datang pergi sekolah, lagi lah aku teruja mahu pinjam buku untuk dibaca. Kebanyakan buku yang aku pinjam mesti genre misteri. Kalau pergi perpustakaan sekolah pula mesti ambil buku sains. Bukan apa, suka tengok gambar-gambar serangga, binatang dan yang berkaitan. Baca buku tidak sebab masa yang diperuntukkan untuk stay di perpustakaan bukan lama.

Masuk sekolah menengah, mula lah kenal novel sebab waktu tu ramai juga kawan-kawan yang baca novel. Tengok dorang pegang novel tu macam best pula. Jadi mula lah sesi pinjam meminjam novel antara kami. Tapi untuk aku miliki novel sendiri, tidak mampu. Aku ingat, ada seorang kawan lelaki ni, pinjam novel tebal yang boleh tahan juga tebalnya, lepas tu sanggup stay up malam untuk habiskan novel tu. Aku? kalau novel tebal-tebal tidak sanggup lah.

Semakin membesar, budaya ni macam hilang dari diri aku. Masuk IPT aku kurang membaca selain nota-nota pelajaran. Kadang pergi kedai buku, tertarik juga dengan display novel-novel baru tapi untuk beli, adalah tidak. Sebab bila fikir-fikir bukan ada masa pun untuk baca novel. Oh ya, aku ada beli novel. Novel english tapi sampai sekarang pun tidak habis baca. Beli sahaja banyak sebab murah. Beli di BookXcess. Kedai ada di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Zaman kerja ni lagi lah pudar budaya membaca dalam diri. Cumanya baru-baru ni aku semacam keboringan. Aku macam tercari-cari sesuatu untuk aktifkan sel-sel otak aku yang sudah lama berehat. Memandangkan aku pergi kerja menggunakan kereta api, dan masa perjalanan aku untuk sampai ke destinasi tu boleh cecah satu jam, aku terfikir untuk isi masa lapang tu dengan membaca daripada selalunya aku tidur. Nasib sahaja tidak terlepas stesen.

Sejak Isnin lalu, aku sumbat sebuah novel dalam beg aku. Novel ni pun sudah lama sebenarnya, hasil belian adik aku menggunakan baucer buku mereka. Dibeli sejak 2012 tapi aku tidak pernah pun baca. Tapi sehingga hari ini, novel tu masih cantik dalam beg aku, tidak pernah aku keluarkan. Kenapa?

Sebab, sebelum aku keluarkan, aku akan tengok sekeliling. Aku tengok, ada kah orang yang baca buku. Rata-rata penumpang kereta api 'membaca' smartphone mereka. Jadi, untuk keluarkan novel tu terasa segan pula.

Kenapa pula mahu segan, kan? Sedangkan kadang tu aku terjumpa ada aunty buka Bibble dia baca dalam kereta api, ok sahaja. So, baca novel pun seharusnya ok lah kan. Bukan sesuatu yang ganjil. Cumanya akan menjadi ganjil bila semua orang baca smartphone, kau seorang baca novel. (^^,)

Novel yang adik aku beli.