Kalau di Sabah, Menggatal itu nama tempat. Tapi di sini, aku bukan mahu bercerita berkaitan tempat itu, mahu bercerita pasal perlakuan orang sebenarnya.
Cerita bermula:
SMS 1-
L: oh, mungkin bukan rezeki lagi. Sabar ya
P: ya, aku fikir positif jak ni. Apa pun aku doa ko dapat jawatan yg ko apply tu
L: (smiley) best lah ko ni. Beruntung siapa dapat ko jadi bini
P: ceh….
SMS 2-
L: selamat pagi gadis manis.
P: selamat pagi (dlm hati terasa pelik dgn panggilan tu. Oh, dia gurau mungkin)
L: dah mandi belum?
P: duiii…soalan tu bah. Heh, aku di tamu ni jual-jual.
L: ko jual apa?
P: sayur..
L: knp ko nda jual kuih-kuih..mesti sedap kuih ko.
SMS 3-
L: hai sayang. Apa khabar?
P: (patut jawab apa? Dalam fikiran, lelaki ini sudah kritikal)…. Nda salah hantar?
L: tak lah khas untuk awak <--nah, tiba-tiba bersopan pula dia
P: siapa ni? (pura-pura tidak kenal)
L: tak kan dah lupa.
P:………. (tidak balas mesej)
Dan sejak dari itu si P tidak lagi membalas mesej si L . Sebenarnya aku tak kisah contact dengan lelaki tu kalau dia behave. Aku anggap dia kawan, memandangkan kami sama-sama apply jawatan(even bukan jawatan yg sama) di satu tempat ni. Dan..dia tu sebenarnya husband kawan aku. Tak kan lah aku tergamak khianat kawan aku tu kan…
Aku harap si L tu akan ubah lah cara dia gaul dengan perempuan lain. Even niat dia cuma nak gurau-gurau, tapi kalau bini dia dapat tahu..off course bini dia akan fikir bukan-bukan,kan.