Tidak Belajarkah Dia?

Seperti kebiasaannya, pagi-pagi macam ni aku mesti buka dua laman wajibku iaitu Facebook dan Blog. Walaupun gitu, aku jarang juga nak update content blog aku dan juga status FB ku. So pagi ni, tengah syok aku scroll down update member-member FB aku terlihatlah satu member ni share photo ni. Mulanya ku fikirkan tersilap pandang. bila klik tumbesaran, betullah apa yang ku lihat tadi.


klik pada gambar utk penglihatan yang lebih jelas

Dah cantik molek bertudung kat atas, boleh pula dia padankan dengan dress kontot tak berlengan dia tu kan... hu hu... apa nak jadi daa... Kalau nak tayang aurat cantik dia tu, dedah terus sudaaah, xyah lah nak ber-setengah-setengah gaya tu. Buat rosak imej orang bertudung saja.

Jakun Betullah Engkau Ni!

Bahasa: bahasa pasar saya. Hehe


Jakun 1: Karam-karam


Hari-hari aku turun tamu, mesti nampak pak aji tu jual benda tu. Pak aji ni penjual ikan sebenarnya. Lain-lain, ada juga dia jual sotong, belangkas, apa lagi ya? Aku pun nda kenal apa binatang tu semua. Yang penting semuanya asal laut lah.


Ari tu ada pak aji ni bagi kami sotongnya. Besar bah. Seekor jak pun tapi makannya berhari-hari. Puasa juga mungkin kan, nda ada masa mau makan kecuali time sungkai. Itu pun lepas sungkai, nda ada sudah makan lagi. Makan sahur ja lah. Huu, barusan yuuk, aku jumpa sotong besar tuh. Apa dipanggil benda keras-keras dalamnya tu? Tulang nya kah? Haa…yang itu lah, itu pun keras, besar…selalu kan kalau sotong kecik-kecik ni lembut ja tulangnya, lut sinar lagi kaler nya kan, kan…


Duh menyimpang sudah cerita aku ni. Tapi masih dalam tema juga lah iaitu jakun. He he.


Nah, ni kali aku curious betul dengan pak aji tu punya kerang. Entah lah apa namanya tu. Spesis siput kah, kerang kah, aku pun nda tau. Yang penting bercengkerang lah. Tapi bukan umang-umang ok! And now, say hello to him..



klik gambar untuk tumbesaran

Tengok-tengok pak aji tu siap mau mengemas sudah. Tengah-tengah tu juga lah aku ni tanya mak aku.


Aku: mak, apa bah tu yang macam siput tu. Boleh makan ka?

Mak: entah bo. Nah nah, cuba kau tengok tu, bejalan sudah dia. Eeee...


Kebetulan waktu tu ada lah beberapa ekor siput keluarkan otot-otot nya, pastu bergerak.

Kemudiannya mak aku tanya pak aji tu


Mak: aji, siput kau ni ba, nda keras ka mau dimakan?

Pak aji: nda bah…

Mak: bah kau mau ka tu? (mak aku tanya aku)

Aku: em..???? Sedap ka ah? Macam mana mau masak tu? Di bakar?

Pak aji: sedap ni..kau rebus dulu…lepas tu kau ambik isinya, kau potong-potong baru kau masak lagi. Buat kari ka…apa apa jak lah kau mo masak, boleh…

Mak: bah, kasi lah setompok, ji… (lepas tu mak aku pandang aku) nah, awas kau kalau ko nda makan..

Aku: nda bau ka ni ah? Ya ba. Balik nanti aku terus rebus ni.


And last, pak aji tu just sedekah setompok siput tu..terus mak aku pun macam buat sistem barter ni, main tukar-tukar barang niaga, dibaginya rambutan yang sama harga dengan siput tu. Di jadikan cerita, ada lah satu pelanggan yang lenggang kangkung ni melimpas, dan kebetulan tebuka-buka bakul plastik ada siput tu.


Pelanggan: aiiii, karam-karam..bla bla bla, (bahasa rungus menyusul lepas tu, yang aku sendiri pun nda faham. Hehe)


Aku tanya mak aku


Aku: kenapa mak?

Mak: teda. Dia bilang tu siput nama dia karam-karam

Aku: kar….apa??

Mak: karam-karam…jari-jari. (sambil tu mak aku lenggok-lenggok kan jarinya :))


So, ni lah karam-karam yang pak aji tu bagi..


klik gambar untuk tumbesaran

Jakun nda jakun aku ni. Sampai jak rumah, keluarkan atas nyiru pastu amik gambar. Hairan jak lah orang sebelah rumah. Aku handle karam-karam ni di belakang rumah. Nda muat sink rumah aku he he. Lepas tu sesi berus-memberus plak sebelum di rebus. Tengah-tengah memberus tu, terpikat aku dengan corak cengkerang bahagian bawah karam-karam ni. Cantik….


klik gambar untuk tumbesaran

Besar nda besar siput tu. Hihi, siap buat gaya-gaya jari lagi. Kunun mau membandingkan jari siput tu dangan jari aku. Disebabkan siput tu teramat lah besarnya so, terpaksalah aku guna penjerang air pengukus tu buat tempat merebus. Itu pun bukan semua tenggelam dalam air..tapi, boleh lah. Masak juga tu. Nampak jak besar-besar kan…sekali dikeluarkan isinya, duiiiina…..sikit jak bah. Tapi bagus juga lah sikit. Takut aku nda makan pula. Aku ni macam budak-budak sikit. Excited satu benda baru tapi bila tengah handle benda tu aku ada perasaan geli kah, rasa kesian ka, rasa sayang ka…mesti aku nda makan tu nanti. Nah, sikit ni ja isi nya.


klik gambar untuk tumbesaran

Aduiiiiina, dalam bekas merah bah aku guna. Hehe…aku ingatkan busuk lah benda ni. Tapi nda. Sedap jak bau dia. Busuk lagi bau ketam di rebus. Bau sotong pun busuk juga… kesimpulannya, bau isi siput ni, menyelerakan juga lah. Hu hu. Ketara bah aku hidu-hidu bau makanan time puasa. Nah kurang pahala puasa ku. Tetttt.. And then, aku masak kari ja siput ni….


Jakun 2: Jeans


sambung di next entry lah :P






*perkataan yang mungkin kurang difahami.


sungkai: buka puasa

barusan: pertama kali

melimpas/limpas: lalu



Perasan Diri Seorang Doktor

Aku suka kuis-kuis benda yang aku rasa pelik tumbuh di mana-mana bahagian kulit aku. Maksudku seperti jerawat, kulit menebal, kulit merekah, bekas luka a.k.a keruping dan, yang seangkatan dengan masalah-masalah kulit lah! :)


Hari tu, aku tersentuh ada sesuatu di bawah tapak kakiku. Eh, bukan di bawah sebenarnya tapi di….alo, susahnya nak terangkan! OK, OK. Benda alah tu letaknya di jari kedua, bahagian bawah. Dapat bayangkan? Saiznya kecil bagai jerawat. Rupa pun agak sama juga. Hari tu, aku boleh tahan lagi daripada mengganggu 'jerawat' itu. Daripada sekadar sentuh-sentuh, kemudiannya renung-renung *sebab aku hairan apakah benda itu, kemudian cubit-cubit manja, dan akhirnya aku ambil pengetip kuku dan hah, amik ko! Aku ketip sebab tak tahan. Dah berhari-hari dia dok tumbuh sana macam jerawat tapi tak nak pecah. So aku dengan baik hatinya tolong pecahkan. Rasa seperti satu kemenangan. Bangga!!! Tapi sekejap.


Haih! Berdarah pula. Dah tu macam darah aku ni banyak sangat kan, dia ngalir tak nak berhenti. Cair pula tu. Solution senang, tampal dengan plaster. Siap, hilang satu masalah! :)


Days after, seperti kebiasaan tangan aku merayap satu badan nak cari benda-benda pelik yang muncul. Eh, ada sesuatu lah dekat 'bekas jerawat' kaki aku. Tengok punya tengok, 'jerawat' tu dah membesar. Ketip lagi. Berdarah. Tampal plaster. Days after, ada lagi! Ketip, berdarah, plaster. Waktu tu aku dah syak yang tu bukan jerawat biasa. Itu ketuat. Untuk memastikan hipotesis aku tu tepat, so aku pun browse lah dekat google. Yeah, zaman sekarang kan semuanya di hujung jari. Klik saja, wala, dapat! Apa gunanya melanggan streamyx kalau tak digunakan :) *waktu tu masih kaya untuk melanggan streamyx :P Dan, memang sah itu ketuat. Dari rupanya, ciri-ciri dalamannya, potongan badannya, lenggoknya..alo, macam awek pula, kan. He he. Memang sah, sah, se-sahnya itu ketuat. Atau nama lainnya kutil. Apa, KUTIL??? Oh, tidak!!! (kemudian pengsan) *sudah lah ko ber-dramaking sana


Ok, sudah tau apa bendanya, sekarang kita cari cara nak hilangkan pula. Antara solutionnya, freezing - ntah mcmna dia buat, nanti kutil tu akan beku dan tanggal dengan sendirinya, operate - alo, mana nak pegi ni semata-mata nak operate kutil di kaki, atau salicylic acid - facial cleanser housemate aku ada ramuan ni, untuk merawat jerawat katanya. Dah tau cara nak hapuskan benda alah tu, tapi tak tau pula nak cari dekat mana. Alih-alih aku pegi je Guardian, minta ubat untuk kutil. So promoter tu bagi lah aku solution. Ya, memang solution tu ada salicylic acid, dan berwarna merah. Teruja. Titis sekali. Tengok apa jadi, tiada. Titis dua kali. Tengok, masih gah dia di sana. Titis tiga kali, empat kali, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, then aku pun semput. Fuh, fuh!


Aahh!! Sudah berhari hari aku titiskan pun tak ada perubahan. Penipu betul lah ubat tu. Sekarang aku pegi farmasi pula. Jeng- jeng!. Dia bagi plaster special, ada gel salicylic acid di tengah. Sekali lagi teruja terus tampal. Mengikut arahan, tak boleh nak tanggalkan plaster tu dua hari sebelum digantikan dengan plaster yang baru. Sampai plaster yang terakhir, yeah aku gembira. Kutil tu dah 'mati' dari segi luaran. Kulit warna putih, boleh kopek lapisan demi lapisan macam kopek kulit pau. *boleh pula ak nak samakan dengan pau.. Ada jisim berwarna kelabu di tengahnya bagai ada isi-isi yang mereput dan buruk. Ha ha! Tak busuk lah weii.. Yeah, 'jerawat' itu sudah hilang. Tiada lagi bonggolan kulit keras di bahagian itu. Senyum lebar. :))) Tapi sekejap.


Lebih kurang seminggu lepas tu, dia tumbuh lagi. Aduuuh, ni yang buat I GERAM ni!!! Beli lagi plaster tu, dan kali ni aku dah macam doktor bedah pula. Sungguh berani ketip kutil itu sampai berdarah-darah tak nak henti, kemudiam tampal dengan plaster salicylic acid tu. Huh, pedih bukan main tapi buat dek saja. Hari nak ganti plaster baru, aku ketip-ketip lagi kutil tu sampai macam terketip bahagian kulit sihat pula :P then baru tampal dengan plaster tu. Next, ketip-ketip, tampal plaster baru. And last, nah amik ko! Zasssh, hilang terusss.. Ketawa besar :D

.

.

.

.

.

.

.

But years after,….. Adeh macam dah panjang pula entri ni kan. Sambung lain kali saja lah :P




*pics 'geli-geli' dah hilang daa...so xdapat nak show. lgpun tgh posa gak kan.kang ada org pening2 baca ntri ni, susah...

Uncle Aku Yang Sangat Prihatin

"Nor, raya nanti kau makan banyak-banyak. Kasi gemuk sikit. Dulu masa kau kecil gemuk kau tau."


Ni mesti sebab uncle aku tegur pagi tu sambil pegang bahu aku. Yea, uncle belum tengok perut gue yang melebihi garisan, bontot gue yang penuh dengan pad lemak, peha gue yang kalau buat drumstik KFC sungguh enak… Aku pun hairan. Kenapa aku dikata kurus? Betul kah aku ni kurus sangat? Tak cukup kah lemak-lemak yang ada dekat badan aku ni. Ya, mungkin distribution lemak itu tidak sekata seluruh badan aku, jadi itulah ada bahagian-bahagian yang kelihatan kurus, tapi hakikatnya bahagian lain sudah mahu pecah! Ok untuk pengetahuan, aku punya berat sebanyak 47 kg, dengan tinggi aku yang sedikit terbantut *chet, padahal jealous tengok cousin lain semua tinggi, 154 cm sahaja. Ketot kan, ketot kan… dan ukur lilit pinggang *perlukah diberitahu? Emm, berapa ya? Cukuplah sekadar aku bagi tau kalau nak beli jeans amik saiz 28. tapi kadang 29 itu lebih selesa. Dan kalau yang takda saiz nombor tu, aku pilih saiz M. tapi kadang L itu lebih syok dipakai :P maka, dengan nombor-nombor tu semua, adakah aku ni dikategorikan sebagai seorang yang kurus?



p.s.: tajuk entri macam uncle aku ni YB turun padang pula, kan..

Bangau Oh Bangau, Kenapa.....?

Perut oh perut kenapa engkau sakit,
bagaimana aku tak sakit, tuan aku tak makan nasi

huhu, itu perut versi aku, bukan perut si Kerbau macam dalam lagu si Bangau.
yeah.
sejak bila aku ada masalah perut ketika berpuasa?
selama ni maintain saja pun.
malah tak bersahur lagi.
di siang harinya penuh dengan kelas.
berjalan kira-kira 10 minit dari rumah sewa ke kelas.
berulang alik dua tiga kali.
bawah matahari terik lagi.
maintain saja pun badan aku.
tapi hari ini.
bukan hari ini saja, malah hari sebelumnya.
perut aku begitu lemah menahan tindak balas asid gastrik yang dirembeskan.
berlebihan kali.
ah! sejak bila???
adakah perut aku sudah tua?
bayangkan
sang mentari baru saja bergerak suku perjalanan
perut aku sudah pedih-pedih
kaki lemah-lemah
tulang belakang sudah tidak berdaya
lagak orang tua sungguh!
kenapa ya??
aku bukan on diet pun
huh! buat apa itu, biar aku mau kurangkan beberapa inci bahagian punggung, tapi kalau sudah nafsu makan tinggi, semua juga aku sumbat tak hengat dunia sampai perut boyot, jalan x betul kalah orang berbadan dua.

Dugaan Si Peniaga

Aku ingat, resident aku dulu ada seorang lelaki yang…tidak berapa betul. Walaupun gitu, dia masih kuanggap baik kerana belum pernah punya kes menyerang orang. Cuma, faham-faham sahaja lah begaimana penampilan seorang yang tidak siuman. Selekeh, tutur kata yang kurang difahami, dan yang paling tidak tahan, bau badannya. Walau si dia berada sepuluh langkah jaraknya, haruman yang boleh memeningkan kepala tetap terhidu. Oleh itu, jika ternampak si dia menghala ke arah anda, siap sedia lah belok ke kiri atau ke kanan, tak pun kalau tak sempat nak belok, tarik nafas dalam-dalam kemudian tahan. Hehe


Si dia pandai mencari duit. Aku tidak pula pasti jika si dia punya keluarga lain. Di mana rumahnya juga aku tidak tahu. Yang kutahu, kadang-kala si dia tidur di ruang belakang yang kurasa itu adalah stor, di pasar sayur resident aku dulu. Kenapa aku kata si dia pandai mencari duit, sebab si dia rajin menolong peniaga-peniaga sayur di pasar itu. Kalau tidak menjaga jualan si peniaga jika si peniaga terpaksa pergi ke residen lain untuk mencari bahan jualan, si dia akan tolong mengangkat itu, itu dan ini jika diperlukan. Sebagai balasan, si dia akan mendapat gaji walau hanya boleh membeli 500g gula.


Pagi tadi, aku pergi ke tamu di residen baru aku. Ini adalah kali kedua aku ke tamu tersebut. Kalau di residen dulu, tamunya akan berlangsung lama, dari seawal terbit matahari hinggalah…tak lah sampai ke petang. Takat tengah hari je, paling lambat pun pukul 1. Tapi di residen baru ni, cepat sangat. Paling lambat pun pukul 9 setengah pagi. Mungkin sebab penduduk di sini sedikit dan hanya perlukan barang-barang keperluan sahaja. Tidak ada jual-jual baju kah, jual-jual makanan ringan kah, barang-barang hiasan kah…tidak ada semua itu di sini. Yang ada cuma sayur-sayur, buah-buah, ikan-ikan, dan daging-daging. Oh, ada lagi yang ketinggalan. Rempah ratus juga ada..


Sedang asyik memilih barang, ceh tipu lah ko sana, bukan ko jadi peniaga kah di situ, hihi. Seorang peniaga yang sudah kepanasan, mengadu ingin pulang. Tapi hajat si peniaga itu terbantut kerana ada seorang pembeli yang meninggalkan barang belian di tempat beliau, dan ditambah lagi barang tersebuat belum juga dibayar oleh si pembeli. Jika diikutkan hati si peniaga, mahu saja dia mengemas barang jualan, memandangkan barang yang disimpan itu juga belum di bayar. Tidak apa-apa kan jika kita larikan barang yang belum di bayar. Barang itu belum dikira dalam urus jual beli, bukan…??


Jarum jam tangan menunjuk kearah angka 9, dan bahang matahari juga semakin membakar kulit muka. Keadaan tamu di situ juga semakin lengang. Setelah puas menanti, barulah si pelanggan itu munculkan diri. Si peniaga menyerahkan barang yang disimpan dan menanti si pembeli itu menghulurkan diut. Namun, lain pula ceritanya. Si pembeli itu enggan membayar, dan berlalu dari tapak jualan si peniaga begitu sahaja. Si peniaga sedikit hairan dan bengang. Bukan kerana kedekut atau apa, tapi jumlah harga barangan itu, boleh buat beli bahan jualan lain! Kalau sekadar seringgit dua mungkin si peniga tidak kisah.


Lalu, dikejarnya si pembeli itu. Cubaan merampas barang yang diserah gagal, malah si peniaga sempat disembur dengan kata-kata makian. Mahu tidak mahu, direlakan sahaja plastik sebesar plastik Tesco muat 3 buku bread gardenia besar, yang berisi barangan jualan itu di tangan si pembeli. Patut kah aku panggil dia si pembeli memandangkan dia tak beli pun barang tuh..emm..bila dah kecoh macam tu, pasti peniaga lain juga ingin tahu kisahnya. Cerita punya cerita, rupanya si pembeli itu tak siuman. Huhu…tak pe lah. Anggap sahaja kita bersedekah di bulan Ramadhan ini. Moga dimurahkan rezeki di jualan yang lain.

Ramadhan Datang Lagi

Selamat
Menyambut
Ramadhan Al-mubarak







*speechless :P

Contest Menang T-Shirt @ Lompat Tikam Blog


aku bukan jenis yang selalu ikut contest, tapi ni.. Miss Zie hasut...dia ajak join ikut contest ni..lagipun macam menarik gak kan..syarat pun tak lah susah benar nak ikut..simple je..lagi, tak rugi apa pun ikut contest kan..kot aku menang, boleh buat t-shirt jalan2 raya nanti..hihihi..

seperti biasa, kalau dah namanya contest...mesti ada benda yang korang kena buat kan..macam Peraduan Power Root, kena lah beli produk power root, sesetengah tu kena lengkapkan slogan.. *aku paling tak suka nak isi slogan...harap2 kontes ni xde..

ok,
syarat pertama: link contest.
contest yang dihasut oleh Miss zie ni, dia jumpa kat web Gengblogger yang mana contest tersebut adalah contest julung kalinya *kalau tak salah tafsir dibuat oleh encik blogger yang hensom kat Lompat Tikam :)))

syarat kedua: fevret entry
banyak2 entry yang ada kat Lompat Tikam tu..aku paling minat yang...hoho, ternyata banyak juga ya, entry dalam blog Lompat Tikam...sampai aku tak tau nak pilih mana satu..tapi ada satu entri ni menarik perhatian aku: Artikel Tentang Masturbasi yg Informatif. SEBABnya?? bukan lah kerana aku ni pengamal masturbasi ke apa...cuma selama nih aku tertanya2 dengan info yang aku pernah baca.. some kata sex bagus, boleh buat terapi. tapi ari tu aku dapat emel kata sex tak bagus..selain sex, melancap pun tak bagus. bagi aku melancap dan sex tu macam adik bradik, meransang benda yang sama. kalau ada org kata sex itu terapi, maka melancap pun satu terapi jg kan... tapi kenapa ada org kata sex dan melancap tu tak bagus??? so dgn baca artikel tu, aku dapat lah jawapan semua persoalan aku tuh... dan prinsip untuk baik buruknya satu benda tu senang iaitu 'ikut dos'.. ya, sama juga dgn kopi kan... pengambilan yg terkawal, baik kesannya...sebab kopi ada antioksidan. tapi kalau banyak, tak baiklah kesannya sebab banyak kafein dan boleh buat kita dehydration... betul kan? :)

syarat ketiga: blog presentation
hoho, ni aku lemah sikit nak bagi komen ni. jujur, aku tak pandai sangat bab menilai2 nih. ok, aku try jadi pengkritik ye... hehe.
blog Lompat Tikam ni..dari segi hiasan segala, bagai satu blog yang serius.. simple, senang nak baca, xda benda contras yang mengganggu mata readers dan itu bersesuian dengan isi kandungan yang... aku kira infomatif. berkaitan dengan isu semasa, tidak kurang juga dgn hal2 diri si encik blogger tapi bukan hal peribadi macam yang ada dalam blog aku :P walaupun hiasan blog aku kata bagai serius...ada juga selitnya entri2 yang buat anda tersenyum...so, dont judge book by its cover. elemen serius dan jenaka itu membuatkan kita tidak bosan, membuatkan kita terus menanti ayat-ayat seterusnya, atau kata lain "eh, nak folo la blog ni.." :) kesimpulannya, blog Lompat Tikam ni, menarik.

syarat keempat: banner


syarat kelima: hasut tiga blogger
hoho...sebab aku tak jadi jurujual adalah ketiadaan talent nak persuade dorang beli barang aku..hihi.. apa kaitan?? ok, oke...aku tag mereka

syarat keenam: ikut encik (optional)
walau encik kata optional, aku tetap anggap ni sebagai satu tugasan juga dalam contest ni.. hihi :)

eh, takda slogan kan... hihi..best nya :) :) :)

*bekurun aku nak siapkan tugasan Encik Amin ni...

Pandangan Dah Gelap..

aritu aku kata nak buat..
postpone punya postpone
hah...sekaranag dah jadi gelap
aku pun satu *habis ko ingat diri ko tu ada dua?
yang aku p buat dia dalam keadaan tu...kenapa???
sampai habis nyawa dia ko tinggalkan
sekarang...terima lah
dah jadik gelap
huhu..
apa dah jadik ngan laptop aku nih?
dia xnak buka windows la..
on, memang on...tapi x sampai ke desktop pun dia on
dia muncul skrin gelap..
huhu..
sakit apa dia nih?
dah lah aku duk jauh dari bandaraya..
nak ke bandaraya tu amik masa 3 jam tau..
hoho..
anyway, aku try lah cari solution dia
berkemungkinan ni punca 'over hibernation' *ye ke tu label masalah dia letak. lupa lah
aku pun pikir, ye lah kot...sebab aku set dia standby tapi lepas tu aku lupa dan terbiar lah dia dlm keadaan tu sampai bateri habis..
ni petang tadi rasa macam nak post new entry tapi xleh nak on plak laptop aku..huhu
tapi lepas aku buat cara nak solve dia tu, x jadiii puuun..
still gak skrin gelap tu muncul..
huhu..
tolong lah aku...cmne nak selesai masalah ni..
huh!!

p.s.:pinjam pc bapa pula...