Project #6: Baby socks


Sambil take notes sambil mengait

Baby socks!




Pattern boleh dapat dari sini.
Saya punya stokin kelihatan sedikit kaku/keras. Perlu cari benang yang loose sikit next time. :)


Free Sample Dari Friso Gold




Familiar kan dengan iklan ni? First time dengar lagu tema dia memang aku rasa macam tenang saja. Rasa mahu cari lagu tu terus. Tapi tidak tahu siapa penyanyi dan tajuk lagu. Last tahu yang lagu ni memang dicipta untuk commercial break jenama susu ni. Sekarang sudah download lagu tu, dari web Friso Gold sendiri.

Nak dijadikan cerita, suatu ketika dulu aku ada sign up di laman web Friso Gold ni dan ask for free sample. Saja saja. Tidak terfikir pun akan dapat sample tu betul betul sebabnya:

  • sebelum ni pernah try untuk dapatkan sample brand sekian sekian tapi tak pernah dapat pun
  • kediaman aku terletak di pantai timur Malaysia, macam mustahil dorang sanggup hantar sample free sejauh ini
  • sample free, seharusnya perlukan luck yang betul betul lucky.

Disebabkan reasons tu semua aku tidak letak harapan yang tinggi untuk dapat free sample dari Friso Gold but guess what, aku baru saja terima bungkusan daripada dorang. Happy tak happy tu..




So, dalam dia ada 3 paket kecil sample susu Friso Gold. Sebab aku request yang pregnancy punya so aku dapat lah Frisomum Gold. He he he. Susu ni bagus sebagai persediaan tubuh badan si mom-to-be dan juga the liltle inside. Ia mengandungi nutrien yang diperlukan seperti Prebiotik, Vit C, selenium, asid folik, kalsium dan zat besi. Benda benda ni semua memang penting untuk tumbesaran si kecil dalam perut tu.

So, for those yang rasa nak cuba khasiat Friso Gold ni, boleh lah pergi laman web Friso Gold dan register. Kemudian nanti dia akan bagi beberapa soalan untuk dijawab dan just tunggu free sample dari dorang. Tak rugi mencuba.

Alkisahnya Kek Red Velvet



Kek Red Velvet

Aku sudah lama dengar nama kek ini. Dan nama kek ni memang gah, macam kek yang hanya dimakan oleh orang tertentu sahaja. Sejujurnya, sejak nama kek ini naik popular, aku belum pernah cuba lagi. Hanya semalam aku pergi kedai kek, dan ternampak kek ini dijual dengan versi melty cheese....dan terselit nama Nutella dalam nama kek red velvet mereka. So I'm imagining of almond taste chocolate with cheese melting in your mouth bila makan kek ini. Dan kek itu gebu-gebu, lembut saja di lidah.

Dengan imaginasi sedemikian, sudu yang dibekalkan amatlah tidak sesuai untuk menyedok kek tersebut dari dalam kontena jadi, harus guna sudu makan yang lebih besar portionnya. Dengan bukaan mulut yang besar dan feeling menikmati melty cheese, bila mana kek tersebut masuk dalam mulut, muka aku terus berubah. Erk, lain pula rasa dia. Sangat jauh dari imaginasi. Cream cheese terasa manis dan kek terasa sedikit pahit macam terlebih soda mungkin. Other than that, tiada rasa lain yang unik. Akhirnya, aku cedok-cedok kek Si Husband walaupun dari atas sampai bawah warna putih saja cuma ada hiasan almond dan jalur zig-zag coklat tapi lebih sedap berbanding kek aku.

Kalau mengikut resepi yang ada di internet, kek ini ada serbuk koko, ada buttermilk, vanilla...dan that red is just a food colouring. Jadi rasa kek pasti ala-ala kek coklat. Dan frosting is cream cheese, jadi harus lagi enak kombinasi rasanya, kan...? Hmm, ini yang buat rasa tidak puas hati untuk merasa kek red velvet yang sebenar ni..!

Akan aku cuba buat kek ini suatu hari nanti!




Adoption

Si Husband bawa balik anak kucing. Konon anak kucing tu sembunyi bawah kereta masa Si Husband pergi kedai tadi.


Selit muka di celah ketiak

Kesejukan selepas mandi


Tidur...like a baby


Semoga murah rezeki kami sekeluarga....



Novel: Berjuta Warna Pelangi


Berjuta Warna Pelangi - Iris Ixora

Akhirnya, novel ini habis juga dibaca semenjak aku masukkan ia ke dalam beg aku tiga minggu yang lepas. Aku baca hanya ketika aku dalam train. So, its a good thing sebenarnya kan.

Secara keseluruhannya, Berjuta Warna Pelangi tulisan Iris Ixora menarik. Latar belakangkan budaya dari Indonesia tapi still ada terselit budaya dari Malaysia. Seperti kebanyakan novel, cerita ini juga berdasarkan cinta cuma penekanannya lebih kepada bagaimana kita mengurus emosi dan ketahanan kita terhadap cabaran hidup.

Kemuncak plot cerita sangatlah memberi kesan (terhadap aku) sehingga aku hampir mengeluarkan air mata. Nasib saja waktu itu aku dalam train, ramai orang. Kalau di rumah sudah ambil tisu mungkin. He he.

Misi seterusnya, cari buku lain pula sebagai teman aku dalam train. Tapi buku yang aku ada sekarang semuanya English.. Huh. Lambat sikit lah aku membaca ni nampaknya...




Project #5: Camera Case


Jeng jeng! Projek lain yang terbengkalai.



Sabtu, aku tiada buat apa. Mahu jalan-jalan tapi tiada teman. Si Husband pergi Labuan ada urusan. Teringat dengan case kamera yang aku beli 8 tahun dulu sudah terkopek-kopek. Jadi, sepanjang hari aku cuba siapkan sarung kamera yang baru untuk kamera antik aku tu. Berbekalkan asas mengait yang aku ada, aku cuba-cuba lah mengira stitch, menbayangkan rupa bentuk sarung kamera tersebut. Try and error orang bilang... 



Tapak untuk case itu.

Separuh jalan mengait, datang pula kucing

Kucing manja- manja minta perhatian

Main benang aku pula dia

Hah, gigit jarum kait lagi

Tadaa... siap sudah case baru.


Budaya Membaca


Ingat tidak, masa sekolah dulu ada satu program nama Program NILAM?
Seingat aku, program ni aku jumpa waktu sekolah rendah. Cikgu akan bagi satu borang untuk diisi berpandukan buku yang telah kita baca. Masa sekolah menengah aku tidak ingat kalau aku ada ikut program ni (atau mungkin tidak dianjurkan di sekolah aku waktu tu).

Waktu sekolah rendah memang aku aktif pinjam buku. Ngam lagi ada perpustakaan bergerak datang pergi sekolah, lagi lah aku teruja mahu pinjam buku untuk dibaca. Kebanyakan buku yang aku pinjam mesti genre misteri. Kalau pergi perpustakaan sekolah pula mesti ambil buku sains. Bukan apa, suka tengok gambar-gambar serangga, binatang dan yang berkaitan. Baca buku tidak sebab masa yang diperuntukkan untuk stay di perpustakaan bukan lama.

Masuk sekolah menengah, mula lah kenal novel sebab waktu tu ramai juga kawan-kawan yang baca novel. Tengok dorang pegang novel tu macam best pula. Jadi mula lah sesi pinjam meminjam novel antara kami. Tapi untuk aku miliki novel sendiri, tidak mampu. Aku ingat, ada seorang kawan lelaki ni, pinjam novel tebal yang boleh tahan juga tebalnya, lepas tu sanggup stay up malam untuk habiskan novel tu. Aku? kalau novel tebal-tebal tidak sanggup lah.

Semakin membesar, budaya ni macam hilang dari diri aku. Masuk IPT aku kurang membaca selain nota-nota pelajaran. Kadang pergi kedai buku, tertarik juga dengan display novel-novel baru tapi untuk beli, adalah tidak. Sebab bila fikir-fikir bukan ada masa pun untuk baca novel. Oh ya, aku ada beli novel. Novel english tapi sampai sekarang pun tidak habis baca. Beli sahaja banyak sebab murah. Beli di BookXcess. Kedai ada di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Zaman kerja ni lagi lah pudar budaya membaca dalam diri. Cumanya baru-baru ni aku semacam keboringan. Aku macam tercari-cari sesuatu untuk aktifkan sel-sel otak aku yang sudah lama berehat. Memandangkan aku pergi kerja menggunakan kereta api, dan masa perjalanan aku untuk sampai ke destinasi tu boleh cecah satu jam, aku terfikir untuk isi masa lapang tu dengan membaca daripada selalunya aku tidur. Nasib sahaja tidak terlepas stesen.

Sejak Isnin lalu, aku sumbat sebuah novel dalam beg aku. Novel ni pun sudah lama sebenarnya, hasil belian adik aku menggunakan baucer buku mereka. Dibeli sejak 2012 tapi aku tidak pernah pun baca. Tapi sehingga hari ini, novel tu masih cantik dalam beg aku, tidak pernah aku keluarkan. Kenapa?

Sebab, sebelum aku keluarkan, aku akan tengok sekeliling. Aku tengok, ada kah orang yang baca buku. Rata-rata penumpang kereta api 'membaca' smartphone mereka. Jadi, untuk keluarkan novel tu terasa segan pula.

Kenapa pula mahu segan, kan? Sedangkan kadang tu aku terjumpa ada aunty buka Bibble dia baca dalam kereta api, ok sahaja. So, baca novel pun seharusnya ok lah kan. Bukan sesuatu yang ganjil. Cumanya akan menjadi ganjil bila semua orang baca smartphone, kau seorang baca novel. (^^,)

Novel yang adik aku beli.


Cara Untuk Menikmati Air Kosong

Kita disarankan untuk meminum air kosong sebanyak 8 gelas setiap hari. Kalau nak turun berat badan atau ambil apa-apa supplement pun rata-rata dorang akan cakap kena banyak minum air kosong. Aku paling excellent cuma boleh habiskan 1L air kosong satu hari. Sedangkan kalau ikut satu sumber ni, kena minum air ikut berat badan kita. 

Kalau berat kamu 25kg, minimum air yang kena minum 1L.
Kalau 50kg, 2L air.
75kg, 3L air.
100kg, 4L air.

Contoh, berat aku 45kg, jadi aku kena minum air sebanyak 1.8L. (aik, macam sikit pulak kan.. =P)

Tapi 1.8L air atau bersamaan dengan 1 botol besar mineral water + 1 gelas air itu cukup susah untuk aku habiskan dalam sehari.

Jadi, macam mana nak ajar tekak kita supaya rasa sedap minum air kosong?

Aku ada rakan sekerja yang bawa bekal air kosong bersama hirisan lemon di dalamnya. Alasan dia buat macam tu sebab malam sebelum tu dia 'minum-minum' dengan kawan dia. Tapi kalau hari-hari dia bawa bekal air kosong macam tu, hairan juga kan.

Sebab selalu sangat nampak dia bawa bekal air kosong dengan hirisan lemon, aku pun rasa mahu cuba. 3 hirisan lemon dalam 750ml air. Rasa air tu tidak lah pelik sangat seperti imaginasi aku yang kononnya rasanya macam bancuh sirap 1 sudu dalam 1 liter air. Warna dan bau saja lebih tapi rasa tawar. Rasa air hirisan lemon tu macam.......rasa lemon. he he.Sedap. Dan, keinginan tekak aku untuk teguk air tu pun meningkat sekali gus menggalakkan aku minum air kosong seperti yang disyorkan.

Setelah aku cari info di internet, rupanya air kosong dengan lemon ni banyak kebaikkannya. Disamping menghidrasikan badan kita (sebab minum air kan..) kita juga dapat sumber vitamin C daripada lemon tersebut. Antara lain kebaikannya, mencegah kanser, melambatkan penambahan berat badan, membantu pencernaan dan detoksifikasi badan, keseimbangan pH dan lain-lain lagi. 

Air sebegini kita panggil juga sebagai infused water. Selain daripada hirisan lemon, kita juga boleh infuse buah lain dalam water kita contohnya, nenas, timun, beri, atau herba-herba seperti daun pudina atau kulit kayu manis untuk menaikkan aroma dan rasa air kosong kita.

Untuk idea-idea infused water boleh lawat laman ni, http://www.infusedwaters.com/

Sudah 8 hari makan tepung, gula, marjerin, ayam, daging, ketupat, lemang sampai angin dalam perut pun bau semacam saja. Rasanya cukup lah sudah kita enjoy makanan tu semua kan... Sekarang jom sama-sama kita sihatkan balik badan kita..=)

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~


Human

by Christina Perri



I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one

I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

I can do it
I can do it
I can do it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If thats what you need
Be your everything

I can do it
I can do it
I'll get through it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I'm only human
I'm only human
Just a little human

I can take so much
'Til I've had enough

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human



picture from here

Larian Kesedaran: Mother's Day Walk Abreast 2014

Seperti tahun sebelum sebelum, Kinabalu Pink Ribbon (KPR, info klik sini), sebuah organisasi sukarelawan sekali lagi membuat aktiviti amal yang dinamakan Mother's Day Walk Abreast dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 11 Mei akan datang. Larian sepanjang 4km ini akan diadakan di Taman Awam Teluk Likas dengan anggaran peserta sebanyak 5000 orang. Siapa yang berminat untuk mengikuti larian amal ini bolehlah mendaftarkan diri dengan yuran daftar sebanyak RM30 untuk orang dewasa manakala RM20 bagi pelajar dibawah 18 tahun.

sumber di sini

Larian amal ini membawa mesej kesedaran terhadap kanser payudara selain memberi sedikit sebanyak pengajaran mengenai early detection of breast cancer. Disamping usaha kita menyokong usaha baik ini dengan larian/berjalan sejauh 4km, ada juga aktiviti lain yang disediakan. Seperti tahun sebelumnya, ada juga lucky draw untuk para peserta. Siapa yang ikut aktiviti ni for sure happening..

Apa yang aku tahu melalui rakan rakan, those yang ikut walk ni akan diberi baju pink, dan pada event tu nanti semua peserta akan memakai baju pink. Syok tak syok nya tu? Jom ikut ramai ramai.


Kucing Kegilaan Ramai

Siapa yang tidak suka kucing? Satu creature sebagai peneman, penghibur dan tidak kurang juga bikin panas.

Aku pernah pasang angan-angan untuk adopt banyak kucing. Syok lah cerita dengan adik yang kebetulan juga suka kucing untuk ada rumah khas untuk kucing. Suka tengok gelagat dorang yang manja. Bila diusap akan buat gaya gaya yang menggelikan hati.

Aku ingat ada seekor kucing kami warna putih, ekor kontot warna orange. Kepala pun ada tompok orange sikit. Bila digosok bahagian perut, dia akan 'memanjangkan' badan sambil golek golek ke kiri ke kanan. Aku dan adik panggil itu gaya sosej. So bila main dengan kucing ni, kami akan gosok bahagian perutnya sambil cakap "nah, jadi sosej, jadi sosej". Kucing ni kami tidak bagi nama khusus. Tapi sejak kami dengar jiran jiran cerita kucing ni selalu cari gaduh dengan kucing dorang-dorang, kami panggil kucing ni Yakuza. Sekarang Yakuza sudah lama lost in mision....mencari betina mungkin.He He.

Sepanjang sukanya aku pada kucing, aku cuma tahu dua tiga jenis kucing sahaja. Dan yang paling popular mestilah kucing parsi yang pada aku, bila mana kucing tu ada bulu panjang, itulah kucing parsi. Ternyata banyak lagi jenis kucing.

sumber: mudah.my
Itu kucing parsi untuk dijual. Boleh klik link mudah.my untuk deal dengan owner kucing tu. Aku cuma mahu tunjuk kucing yang kecil itu sangatlah adorable.

Seperti yang aku cakap, definisi kucing parsi untuk aku adalah kucing yang punya bulu panjang. Sebenarnya ada banyak lagi kucing yang berbulu panjang tapi bukan kucing parsi.

Siberian Cat




Birman Cat


Maine coon Cat
Jenis kucing ni memang bersaiz besar

Norwegian Cat
sumber di sini

Dan ini adalah Persian Cat (kucing parsi)



Kebiasaan kucing parsi yang kelihatan adalah jenis macam dalam gambar. Muka pesek. Kalau tak silap ada juga yang doll face, mata bulat dan sangat macam dalam kartun. Tapi sekarang, untuk dapatkan kucing parsi yang betul betul baka parsi mungkin susah dan mahal. Banyak yang sudah cross breed but still got that long fur..

*gambar bukan milik saya. semua hasil carian dari Google

Rumah Sewa

Pengalaman menyewa rumah aku tak lah banyak. Tapi boleh lah buat panduan untuk menyewa rumah macam mana. Panduan untuk diri sendiri. Kalau untuk panduan atau nasihat kepada orang lain mungkin tidak cukup ilmu lagi ni.

First rumah sewa aku adalah rumah flat. Pemilik adalah orang india. Kondisi rumah adalah kosong. Totally kosong. Aku sewa dengan 5 lagi kawan. So ada 6 kepala penyewa. Alkisahnya, pemilik ni banyak pusing. Masa mahu bagi deposit dan sewa rumah segala, kami sudah deal yang tuan rumah akan sediakan dapur memasak. Bila masuk rumah, kami dapat tikar rumah. Kononnya rumah tu banyak guna duit mahu cat baru segala. Lagi, konon itu tikar mahal punya gred. Kami tidak tinggal lama pun. Sebab ada 'penghuni tambahan' di rumah itu selain daripada faktor kenderaan awam ke kuliah. Prosedur penyewaan waktu tu, memang bagus lah. Siap dengan IC kami diminta. Tapi sebab kami tidak tinggal lama,tidak sampai sebulan mungkin, deposit rumah burn.

Rumah sewa kedua aku, hampir dengan kuliah. Boleh jalan kaki tapi mahu berpeluh ketiak juga lah. Rumah tu special sikit. Banglo, tuan rumah tinggal bawah, penyewa di bahagian atas. Itu pun bahagian atas dibahagikan kepada 2 rumah. Boleh agak tidak besar rumah tu? Yang ni, aku tak berapa ingat macam mana prosedur penyewaan. Aku tidak ingat kalau ada deposit. Cumanya memang tidak ada IC diminta. Dan proses penyewaan rumah tu sangat lah menyenangkan. Aku keluar dari rumah tu macam tidak buat notis apa pun. Sebab waktu tu aku ada konflik dengan penyewa lain.

Rumah sewa ketiga, memang ikut prosedur sangat. Tapi di rumah ni aku sewa bilik saja. Share dengan seorang kawan. Tuan rumah tidak minta IC tapi ada dokumentasi. Sewa dan deposit dicatat. Bayar sewa bulanan dicatat dan ditandatangan. Penerangan pasal deposit dibuat. Kalau mahu keluar rumah, bulan akhir tu tak perlu bayar sewa, kira potong dari deposit tu. Rumah ni pun OK sangat. Cuma aku kena keluar sebab fakulti aku pindah dari Petaling Jaya ke Puncak Alam.

Rumah sewa keempat aku, yang nih masa aku dapat kerja sambilan. Jenis rumah flat murah. Share dengan Ibu tunggal dan 2 lagi anak dia. Sewa rumah bahagi dua tapi aku tinggal sana syok. Macam kita tinggal rumah dengan famili. Prosedur penyewaan pun bagus. Walaupun aku deal bukan dengan tuan rumah sebenar tapi cara penyewaan adalah sangat OK. IC aku diminta. Bil api air semua ada bukti sudah bayar belum. Kalau bayar sewa hujung bulan ada resit. Penerangan deposit rumah pun terang sangat. Kalau aku mahu keluar mesti bagi notis 1 bulan awal. kalau tidak deposit burn. Hari tu aku keluar rumah tak ada notis, so deposit burn. Aku cuma dapat deposit api air saja. Itu pun aku keluar rumah sebab aku kecurian di rumah tu.

Disebabkan kecurian tu juga lah aku terjumpa rumah sewa aku sekarang. Si Penyewa ini memang sudah ajak aku ikut tinggal dengan dia sebelum kecurian tu berlaku. Bila kena kecurian tu, dan kita dalam keadaan bermasalah, bila ada orang sudi tolong kita memang kita rasa orang tu sangat lah membantu kita. Boleh tarik hembus nafas lega. Kita terang masalah kita, minta consider sikit pasal deposit rumah dia kata OK kita pun akan fikir itu betul betul OK. Serius tidak ada penerangan apa apa pasal deposit. Mahu tandatangan apa apa pun tidak ada. Kiranya rumah sewa ni paling senang lah mahu deal.

Alkisahnya, walaupun rumah sewa ini sangat senang mahu deal, tapi banyak juga kisah tidak senang. Kena pecah masuk lah (oleh orang yang ada kaitan dengan Si Penyewa ni di masa lalu), ada itu itu ini yang bikin mata bulat telinga geli lah, yang dari awal cerita konon famili Si Penyewa kadang kadang akan datang melawat rumah tapi apa yang aku nampak sekarang bukan lagi kadang kadang tapi sudah reside bersama di rumah tapi sewa rumah tetap bahagi antara aku dan Si Penyewa saja. Dan lama kelamaan, pandai pula Si Penyewa ni letak aku punya tempoh 1 bulan sewa adalah dari 15hb ke 15hb berikutnya.

So, pada hujung bulan lepas tu, aku inform lah Si Penyewa, aku mahu keluar rumah. Kalau kira ikut takwim perkiraan bulan Si Penyewa terhadap aku, hujung bulan lepas adalah pertengahan bulan sewaan aku kan? Bila aku tanya pasal deposit rumah, Si Penyewa ni kata deposit burn sebab aku tidak bayar sekali gus deposit masa mula mula aku masuk rumah. Boleh kah macam tu? Aku tidak kisah sebenarnya kalau betul betul burn, tapi harus ada penerangan di awal peristiwa. Macam sebelum ni. Kalau betul waktu aku masuk rumah tu perlu sangat deposit, masa aku minta consider pasal deposit tu kenapa tidak terangkan pada aku, yang akhir nanti bila  mana aku keluar rumah deposit akan hangus?

Kadang kadang, bila kita dalam keadaan terdesak, orang tolong kita, kita rasa sangat membantu, tapi akhirnya pertolongan itu dia jadikan sumber menjatuhkan kita. Boleh kah macam tu?


Ujian Personaliti.

Ingat tidak?

Dulu masa sekolah, sebelum nak masuk kelas itu ini; sains kah, akaun kah, sains sukan kah, vokasional kah, mesti ada satu program sekolah iaitu kem motivasi. Tak pun bila dekat-dekat mahu exam besar macam PMR atau SPM. Nanti dalam aktiviti tu akan diedar kertas soalan ujian personaliti. Kalau tidak pun, pergi saja di unit kaunseling. Ada juga ujian ni disediakan untuk panduan pelajar sekolah mahu lanjutkan pelajaran bidang apa. Aku tahu ni pun sebab aku dulu pembimbing rakan sebaya. Tapi kerja bimbingan tu tak ada juga aku buat dengan rakan sebaya ku. He He He.

Hari ni terjumpa lagi dengan ujian personaliti. Bosan bosan ni syok juga kalau buat. Kalau mahu cuba buat, klik sini.

Dalam ujian ni dia bahagikan watak personaliti kita kepada 4 jenis: The Guardians, The Idealist, The Artisans, danThe Rationals.

Daripada 4 watak tu, aku adalah The Artisan.

Keterangan untuk The Artisan ialah,

Artisans are the temperament with a natural ability to excel in any of the arts, not only the fine arts such as painting and sculpting, or the performing arts such as music, theater, and dance, but also the athletic, military, political, mechanical, and industrial arts, as well as the "art of the deal" in business.

All Artisans share the following core characteristics:
  • Artisans tend to be fun-loving, optimistic, realistic, and focused on the here and now.
  • Artisans pride themselves on being unconventional, bold, and spontaneous.
  • Artisans make playful mates, creative parents, and troubleshooting leaders.
  • Artisans are excitable, trust their impulses, want to make a splash, seek stimulation, prize freedom, and dream of mastering action skills.
Artisans are most at home in the real world of solid objects that can be made and manipulated, and of real-life events that can be experienced in the here and now. Artisans have exceptionally keen senses, and love working with their hands. They seem right at home with tools, instruments, and vehicles of all kinds, and their actions are usually aimed at getting them where they want to go, and as quickly as possible. Thus Artisans will strike off boldly down roads that others might consider risky or impossible, doing whatever it takes, rules or no rules, to accomplish their goals. This devil-may-care attitude also gives the Artisans a winning way with people, and they are often irresistibly charming with family, friends, and co-workers.

Artisans want to be where the action is; they seek out adventure and show a constant hunger for pleasure and stimulation. They believe that variety is the spice of life, and that doing things that aren't fun or exciting is a waste of time. Artisans are impulsive, adaptable, competitive, and believe the next throw of the dice will be the lucky one. They can also be generous to a fault, always ready to share with their friends from the bounty of life. Above all, Artisans need to be free to do what they wish, when they wish. They resist being tied or bound or confined or obligated; they would rather not wait, or save, or store, or live for tomorrow. In the Artisan view, today must be enjoyed, for tomorrow never comes.

There are many Artisans, perhaps 30 to 35 percent of the population, which is good, because they create much of the beauty, grace, fun, and excitement the rest of us enjoy in life.

Aku perasan dulu waktu sekolah buat ujian macam ni pun akan dapat keputusan artistik sebagai watak personaliti aku. Diikuti dengan idealistik dan realistik. Part mana yang aku artistik pun aku tak tahu lah...

Hi Hi.


Clinicell Oral Skincare




Clinicell Oral Skincare: Satu produk kecantikan dan kesihatan yang telah dilancarkan pada November 2013, diformulasikan menggunakan ekstrak sumber semulajadi yang berkualiti tinggi. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan.

Kelebihan Clinicell yang lain adalah:
  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³
  • Disahkan Halal oleh Jakim
  • Kilang yang berstatus GMP
  • Bahan aktif dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
  • Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana kualiti yang setara.
  • 100% selamat dan tiada kesan sampingan
  • Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana pengambilan secara oral ( makan/minum )
  • Kadar keberkesanan yang tinggi
  • Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Cara penggunaan yang mudah, hanya larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum pada waktu malam sebelum tidur.
  • Perisa oren yg sedap dan tidak terasa seperti ubat

Antara kebaikan Clinicell Oral Skincare:
  • Anti Penuaan
  • Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan
  • Memutihkan kulit
  • Meremajakan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan kedutan dan garis – garis halus
  • Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
  • Menyihatkan badan
  • Membantu menguatkan rambut
  • Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
  • Menguatkan kuku rapuh
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait dengan sel seperti Parkinson dan Strok

Cara penggunaan:
Disyorkan di ambil sebelum waktu tidur, larutkan 1 paket di dalam air kemudian diminum. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.



Review:
Saya sudah consume produk ni untuk 4 hari. So far, perubahan yang saya alami adalah setiap pagi lepas bangun, minum air putih dalam setengah gelas, tak berapa lama lepas tu mesti rasa urge nak pergi toilet. Banding dengan sebelum ni, nak kena makan panas-panas dulu, atau nak kena breakfast dulu baru ada rasa urge tu. Itu pun nak kena psiko diri dulu baru ada feeling nak pergi toilet.

Second, off course nak cerita pasal kulit. Saya kulit bukan jenis cerah. Dia ada kuning-kuning sikit, ada coklat-coklat sikit. Kulit muka jenis kombinasi. Tak boleh nak pakai make-up sebab mesti luntur terutama bab eye-liner. Pori muka memang jelas nampak dan muka kasar sikit macam ada ruam. Lepas 4 hari consume supplement ni, muka rasa kurang berminyak sikit (even still ada minyak tapi less than before) dan kalau sentuh rasa macam...lembap-lembap sikit. Perasaan muka berminyak dan muka lembap lain kan..? Ruam pun ada kurang. Tapi bab kecerahan tu saya rasa tak ada perubahan lagi lah. Atau saya tidak perasan.. hihihi.

Untuk lihat perubahan yang lebih ketara at least consume selama 14 hari. So sekarang tengah tunggu hasil kebaikan Clinicell ni.

So, kepada siapa nak cuba produk ni, boleh tinggal komen atau contact saya melalui Whatsapp: 016-8348444.


Sumber informasi: http://www.clinicell.com.my/


Masalah Perempuan

Dulu dulu aku tak kisah pasal masalah perempuan ni. Cukup sekadar aku tau dia bersih. Kalau cerita pasal cecair yang keluar tu, bagi aku normal. Biasalah dia keluar pun bermusim. Seminggu keluar cecair merah, beberapa hari sebelum dan selepas tu ada basah sikit dan pertengahan bulan mesti akan basah juga kononnya perut sudah sedia untuk diisi. Tapi kalau perut tidak terisi, cecair merahlah yang akan keluar dan begitulah kitarannya untuk setiap bulan.

Dua bulan lepas aku terperasan cecair yang keluar adalah pelik. Tapi aku buat tak kisah sebab aku tidak terhidu bau ganjil. Masih lagi bau wangi panty-liner aku. Maka aku anggap itu masih normal. Lagipun aku tidak mengalami sebarang kegatalan, sakit pinggang ataupun sakit ketika buang air kecil. Mungkin sebab cuaca atau aku terlalu aktif atau penat menyebabkan cecair tu bertukar struktur dan warna.

Sehinggalah baru-baru ini, aku mengalamai sakit perut bahagian bawah. Sakit seperti kita menahan air kencing. Kebetulan beberapa hari sebelum itu aku memang menahan air kencing. Malas bangun dari katil untuk ke tandas yang kalau dikira, bukan jauh sangat pun tandas tu. Alasan, gelap dan mata berat. Jadi aku fikir itu lah puncanya aku sakit perut. 

Seminggu kemudian, sakit tak juga hilang. Minum air banyak konon untuk lancarkan buang air yang sebelum ini aku fikir masalah sakit perut adalah disebabkan aku menahan air kencing. Tidak juga sakit itu hilang. Oh, datang pula fikiran lain yang mungkin sakit itu disebabkan usus aku. Sebabnya, asal aku buang air besar sakit tu bertambah sakit. Yang lagi merisaukan aku, cecair yang biasanya keluar bermusim tu adalah lekit sikit dan jernih, sekarang sudah jadi kehijauan dan amatlah cair. Lagi, keluarnya adalah setiap masa. Sampai satu tahap, sakit aku tak dapat tahan. Cecair keluar bukan lagi kehijauan tapi sudah jadi kelabu asap kehijauan. Mahu tidak mahu aku ke klinik juga. 

Sampai klinik, aku cerita masalah aku. Doktor suruh baring dan periksa bahagian bawah perut aku. Lepastu doktor cadangkan aku buat Pap smear. Maka, hari tu lah buat pertama kalinya aku jalankan ujian Pap smear. Perasaan dia: amat pelik. Sejuk sejuk besi. Sedikit geli. Sakit pun ada juga. Tapi sedikit. Keputusan akan keluar seminggu kemudian. Sementara itu, doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit

Syukur selepas makan antibiotik, cecair pelik tu hilang. Sakit perut pun hilang. Seminggu kemudian tu aku datang balik klinik untuk tahu keputusan Pap smear. Tiada apa, cuma apa orang putih cakap, inflammed saja. Tiada jangkitan yis, atau ketidak-normalan perkampungan bakteria di sana. Cumanya aku dapat sejenis ubat lagi untuk dimasukkan ke dalam sana. Huh, yang ini aku tak buat pun. Takut.

Kita sebagai perempuan kadang lupa untuk jaga bahagian sana tu. Aku dulu pun bukan kisah sangat. Lagi lagi waktu bujang. Sebabnya, untuk apa?? (^_^). Sekarang ni, bila sudah kena sakit tu baru mahu sedar. Nasib baik belum jadi benda yang lebih serius. Jadi, kawan kawan, walaupun kita rasa dia tu orang tak nampak (sebab perempuan mesti lebih pentingkan rupa dia kan..?) tidak semestinya kita abaikan kecantikannya.


Treasure

Well, it is a story about something that I never expected and it's actually has forgotten.
My Google account has synchronized with my husband's phone, and he said that a lot of pictures has loaded in his phone. So he found this and that including my ex- photo. I actually can't remember about the past so I re-check my account.

So, I found these funny things. You play it in Facebook olden days.

I've married before the time come

I'm 27 now and have no baby

So my husband is not my true love?

Oh my!!!

Playing this on the back time was fun. And it is more fun when you compare those predictions to reality things.