cerita kebun.

wee.. baru sahaja balik dari melawat blog Ct Hajar, haduh, lapar aku d buat nya. dah lah aku belum lunch, wpun sekarang dah pkl 5.47 pm *mengikut waktu laptop aku.. alang2 dinner jer terus kan.. haha. kira aku makan petang nt ni set pakej lah.. dari breakfast, lunch, dinner... dan utk supper x masuk lah yee..

tujuan sbenar aku mengepost entri ni.. adalah utk bercerita cerita yg x kesampaian aku tu.. *nii..bekenan post aku before haa.. ni lah cerita nya.

rumet aku nak buat sedikit kajian berkenan dgn betik. so di pendekkan cerita *cite x mula lagi dah nak pendekkan haha!! rumet aku pegi lah 1 tempat ni, y mana tempat ni banyak betul tumbuh2-an. ingatkan tempat tu kecik je, rupanya besaaar.. siap sesat lg nak cari tpt yg incharge betik tu. pusing sana..pusing sini... dan aku rasa pakcik driver tu pun dah sengal da nak cari tpt tu, last2 jumpa gak... kmdian jumpa pegawai dia, then pi kebun dia.. weee, luas sungguh kebun tu.. haha.. bukan nak kata aku x pnh pegi kebun tapi, ni yg paling besar lah aku penah pegi.. dah nama tempat pun tempat research tanaman2 kan.. x heran lah.. em, takat ni jer kot citer aku. hehe, enjoy lah 2 keping pic kat bwh ni..





update ciput :P

ingat nak update citer hari ni..
tapi, dsebabkan ak xleh nak edit pix,
so.. aku rasa better aku update full story lain hari.
haha.. boleh ke mcm ni?
naah, yg penting hari ni aku pergi 1 tpt,
yg penuh dgn tumbuhan,
dan hajat kami ke sana utk kutip buah
*or should i say it harvest, haha!!
sesetengah utk d jadikan sample buat projek rumet aku,
dan selebihnya adalah souvenir utk kami..
wuee.. HAPPY!!


A
BIG
SMILE
FROM
ME

menjuih+memuncung bibir...


haish!! again about the feeling
sometimes i think it's better not to involve in any network yet i still want to

sudah jatuh ditimpa tangga

hari khamis telah dijadikan hari perjumpaan ku bersama supervisor di atas persetujuan antara group aku dan supervisor ku.. seawal 10 pg *awal ke?? aku dan rumet aku pergi ke tempat perjumpaan.. lama nih kami tunggu, dlm pkl 11 mcm tu baru lah supervisor datang.. sebelum tu sempat juga lah aku dan rumet ku bercerita pengalaman menelefon 1 badan ni utk meminta bantuan daripada pihak mereka.. sebenarnya kami tidak kisah jika utk mendapatkan bahan itu, kami perlu mengeluarkan wang.. *apa2 pun boleh claim ba.. tapi, mungkin gara2 aku yang tidak pernah mengmbil kelas komunikasi ni menyebabkan salah faham telah berlaku, dan kami dikehendaki menulis surat kepada pengarah badan berkenan. sebelum itu, aku sempat di maki gara soalan bodohku barangkali di telinga mereka.. hu~hu~... tak pa, sabar sajalah menerima kata2 kesat itu.. apa pun, aku cuma budak baru belajar...

Mix-and-Match

Perubahan Rupa
Mau Tukar Layout
Tapi Belum Dapat Idea
Ge-Ge-Ge
Nda Sabar Mau Nampak Baru
Fresh Lagi
(^^,)




P.S.:No update stories yet...

Social Network

dulu..aku memang gila dengan Social Network ni.. macam2 aku sign up.. Friendster, Tagged, Hi5, ada benda lagi satu yang rate2 movie tuh... Facebook... Twitter.. apa lagi..aku pun x tau lah... lepastu..semakin umo meningkat..semakin malas mau involve diri dalam network tu suma.. satu demi satu aku delete.. ada yg aku x delet, aku x layan dah..sebab lama dah x sign in, so password, nickname suma dah lupa.. so, aku pun biar kan jak dorang suma2 tu pergi dalam hidup aku.. hihi... sampai lah tinggal FS dan FB sahaja yang kekal menjadi akaun.. and last, aku delete juga akaun FS aku sebab aku ada.. masalah yg membesarkan kemaluan ku.. haha... otak pikir baik sikit ok. FB ku juga aku buka akaun baru gara2 isu memalukan itu...

1 2 3....

HAHAHA!!! aku tak kira korang nak cakap aku ketinggalan zaman ka... aku ni kecoh dgn hal kecik ka... aku ni kebudak-budakkan ka..aku tak kira..aku nak show gak apa yang aku buat 3 jam yang lepas.. selesai je solat maghrib, aku yang di landa kebosanan, belek2 lah akhbar yang aku beli tgh hari tadi.. lepas tu terpandang benda alah ni. memang aku dah lama kenal, dan jumpa benda tu, tapi ak tak pernah nak dekatkan diri dgn permainan 'pintar' ni.. so, kiranya ni lah 1st tym aku buat..

Hostel...Hostel...


sapa duk hostel, mesti ada cerita2 yang jadik bedtime story, kan... dari budak umo 13thn..sampai tua mcmn pun...mesti ditemani dgn cerita2 mcm tu kalau duk hostel.. ak pun heran. perlu kah setiap sekolah itu, sejarah nya kawasan askar2 jepun bersemadi.. perlukah itu dan ini.. hihi..

ok, ok.. meh dengar pulak cerita hostel aku. ak x pasti suatu ketika dulu tanah di mana berdirinya bangunan2 kampus dan hostel aku ni, adalah kawasan apa. yang pasti, lecturer aku kata, sebuah bukit, yang sekarang sudah tinggal separuh. bukit yang telah dibelah vertically.. x pernah2 orang potong bukit macam tu, kata lecturer aku..

lagi, lagi.. kawasan ni sebenarnya tempat, atau pusat pembuangan yang 'itu'.. untuk tujuan penempatan, so 'itu'-'itu' sekalian sudah di pindah kan.. bagaimana caranya? aku pun tak pasti.. lecturer aku berlawak kata, 'itu'-'itu' sekalian di pindahkan pakai bus.. hihi...seperti lucu pulak dengar kan. sebuah bas, yang kelihatan kosong tapi berat. :-P

lagi, lagi... sebenarnya, kawasan ni adalah kawasan yang terbengkalai, tapi diambil alih pihak U untuk dijadikan tempat pengajian.. em, sama ceritanya dengan hostel ku yang terletak di Jalan Klang Lama, yang mana bangunan itu popular dengan gelaran Bangunan Kuning..

lagi, lagi... hari tu lecturer aku tu naik lif untuk ke tingkat 14 d salah sebuah bangunan dkt sini.. bayangkan, dia seorang saja dalam lif tu, tapi lif tu dah bunyi bagi isyarat overload.. huh?? mustahil kan, berat seorang, walau berbadan besar menyamai berat 15 orang.. pelik..pelik...

lagi, lagi... hari tu, klasmate aku ada jumpa akak yang sekelas dgn kami, tapi akak tu duk rumah kami... klasmet ak kata dorang jumpa pun kat lif... siap borak2 lagi... bila klasmet aku tu cerita balik dgn akak tu, akak tu cakap, dia mana ada kat hostel sepanjang minggu tu..dan memang betul pun akak tu balik rumah makbapak dia kat Shah Alam.. ha..ah..so, dengan siapa klasmet aku borak dekat lif hari tu??

lagi, lagi... hari tu aku nak pegi beli makanan dekat kafe kawasan lelaki... tengah melalui 1 blok ni, tiba2 nama kawan aku d panggil
"didi..didi.. pisst!"
ak dan kawan ku tak layan sangat. org tu panggil org lain kot.. tak lama lepas tu
"titi... sombongnye"
aku dan kawan aku berpaling..
"eh, siapa tu, macam suara aiman..dorang boleh nampak kita kah?"
"boleh kalau dorang tinggal d tingkat 1"
malam tu, ak tnya kawan lelaki aku tu pasal hal ni..tapi dia kata, xda dia panggil. lagipun siang tadi dia xda dekat hostel, keluar dan petang tu baru balik..
hihi.. mau kata org lain yg panggil, masalahnya budak kelas aku je panggil aku titi.. urm??? ada juga kah lelaki guna nama panggilan titi?? lagi, kalau di selidik, blok yg aku dan kawan aku lalu tu adalah blok budak2 lama.. bagi budak baru macam kawan lelaki aku tu, hostel dorang blok lain..huh??

hihi... tapi ni suma cerita2 yang menyeramkan diri kita sendiri je.. betul atau tidak.. um?? pikir-pikir kan lah.. sendiri mau ingat.

Hobi Baru??

aku rasa, semester akhir ku ini membuatkan aku memiliki hobi baru..iaitu baca novel.. hehe.. semacam tidak percaya.. gadis berumur awal 20-an ini semakin minat membaca novel.. cewah ayat.. hahaha.. ntah lah. mungkin faktor persekitaran kot. ya lah, jauh daripada sumber2 hiburan.. tidak seperti di rumah sewa ku dulu.. ingin ke Mid Valley?? oh, cuma perlu naik Rapid KL selama 20 minit, dah sampai.. mau ke mana lagi kamu? membeli belah baju-bajuan? mencuci-cuci mata? memenatkan otot2 betis?? senang saja.. transport pun senang... kalau banding keadaan sekarang, huh!! aku angkat kain putih awal2.. tak sanggup, tak rela... better aku duk bilik..layan facebook.. hehe..degree mata pun makin naik. ha!!

ok, petang tadi aku kuar shah alam. yah...itu saja tempat yang paling dekat boleh aku tuju, dengan tambang rm1.90... pergi balik, darab dua lah nilai itu. ok. first tu, hajat hati mau kuar awal..dlm pukul 10pg mcm tu. sekali ada masalah pulak..terlajak 1 jam. bila dah sampai bustop, huh..telepas bas lah pulak..kena tunggu 2 jam pulak utk the next bus.. huh. so aku+rumet ku pegi lah lunch dulu..

di pendekkan ceta, dlm pkul 2 mcm tu, aku pun sampai pkns shah alam..round2..pegi sacc mall..hujan lebat..lepas tu?? ntah..aku dan rumet ku pun x tau lagi nak tuju mana. balik pkns, tgk jam baru pukul 4. bas nak ke puncak alam akan datang pukul 5.. apa nak buat dalam 1 jam nih??? huh!! ni lah 1st time 'outing' aku dilanda perasaan boring yang amat sangat.. rasa macam nak cepatkan masa berlalu supaya bas ke puncak alam tu cepat sampai.. haha!!

nih, sempat aku sambar se'bijik' novel. rumet ku kata, penulis novel ni, d novel 1st nya cerita sadis.. *faham ke ayat aku tu?? atau ayat lain... novel pertama penulis novel ni, jalan ceritanya sedih...sampai rumet aku nanges2 baca walau 2 3 kali dia baca.. kiranya ni 2nd novel penulis ni kot..kalau aku x silap lah.. ak pun bukan tau sangat pasal novel2 ni.. al-maklumlah...baru menjinakkan diri..


Ototku Kuat

haha... duk tempat baru nih..banyak juga lah benda baru ku temui. muka2 baru...pemandangan baru..katil baru * ni best sebab ak boleh lompat2 atas katil...aku suka... dan macam2 lagi yang baru. dan paling 'best'-nya..laluan ke kelas juga baru d mana aku kena menuruni beratus anak tangga... dan yang sengsara nya tu, bila nak balik bilik, kena naik pulak beratus anak tangga tuh.. huh!! nasib lah kelas aku ada 2 hari jer..kalau setiap hari..alamatnya ber-muscle lah peha dan betis aku nih.. xyah nak join 'the biggest loser' lagi..pegi kelas pun boleh fit.


nampak tak tangga tu..tu baru separuh..separuh lagi di sebalik bumbung/dinding purple tuh.. bilik ak pulak terletak kat bangunan sebelah kanan,area belakang tuh.. budak2 kat sini, memang sihat2 belaka lah. hari2 buat exercise cardiovascular dorang. insyaallah xkan ada yang menghidap tekanan darah tinggi ka..apa ka...


pic ni pulak di amik d 'garisan penamat' tangga tuh.. pic yg 1st tu aku amik dari bangunan ni lah..tapi zoom ckit lah..hihi..

naah..mau berehat..sebab hari ni, 2 kali aku lalui 'tangga sihat' tuh. class-mate aku gelar 'tangga batu caves'..haha.. lantak lah nak bagi nama apa pun. yang penting aku penat, dan nak rehat. huhu..peha ku dah pejal dah.. boleh sepak orang dah..hahahaha!!!

again the inside


apsal kaki aku ni? bertampal sana sini... hehe..nih penangan kaki perayau. ak turun kL semalam. hajat hati mau cari pengganti sandal ku yg sudah bekurun ku guna. hehe, ada lah sampai 4 sem aku guna..sampai tapak sandal tu terbelah dua... memang ciri2 nak minta ganti betul. tak kisah sebenarnya kalau tak da sandal baru. tapi, tu lah.. lacah dikit, masuk air kaki ku ani..mana syok..nda besh!.. hihi.. lagi2 kalau hujan. naa.. org pakai sandal utk elak kaki tu kena basah, aku menakung air plak. mcm x beralas pulak kaki ku ni pijak jalan... then2 last2 ku pun tukar lah sandal ku tu.



ni sandal lama ku..aku beli tym2 fesyen dia popular dulu.. lama bah sudah. dari ku tinggal d tawau, sampai sekarang pindah dah kami p tip of borneo.. masih lagi ku guna. sayang jg aku dengan sandal ni. tp...siapa suruh tua sdh. x boleh berkhidmat dgn baik sudah dgn tuannya.. nah, paksa lah ku cari pengganti. hire another candidate. hihi



nih lah penggantinya... dari times square, p sungei wang, p masjid jamek, dan last sogo... akhirnya terbeli juga ku dgn sandal ni. hehe. cerewet juga ku ni sebenarnya. mo yg flat, xmau ada heels. tepikat juga ku dgn wedges selipar jepun tu.. tapi, takut ak x pandai jalan pula..lagi terasa lain nih bediri tinggi daripada biasa..haha!! terasa diri ni 'wow' dri biasa.. haha. biarlah ak tetap dengan label si Rendah.. hehe. lagi, kalau ak mau pilih sandal yg perempuan tu.. ak rasa macam x boleh tahan lama. lagi kan licin bah tapak nya.. nda kamu rasa macam tu kah?? tapi cantik lah kalau padan dengan baju kurung banding sandal yg ku pilih ni kan.. macam apa orang kata... "budak2 punya selipar"?? :-) dan apa yang penting..pattern nya sama juga mcm sandal ku yang lama.. kan..kan...kan... :-P (^_^)V



nah, menyempat lagi bah ak p cari novel.. hehe.. aku kah baca novel...aku kah?? bosan bah dengan keadaan baru di puncak alam ni. ya...jauh dari bandar. kalau dulu, boring2 boleh kuar bejalan.. keluar x bermaksud shopping ok! sekadar hilangkan boring.. cuci-cuci mata...di sini? mau cuci mata apa? mau keluar pun amik masa lama...adush!! x tahan aku... so sebagai penawar kebosanan ku tu, jinak2 lah ku ni dgn cerita2 jiwang ni..yg menjadi salah satu kegemaran budak remaja... hihi...

em, ak dah baca lbh kurang 100 muka surat. hehe..terasa macam menyindir aku pulak jalan cerita ni.. sunyi2 p kuar dgn org lain. trus tiba2 risau pulak kalau org tu tau. nah..sama jak situasi watak tu dgn reliti ak sekarang.. sampai sakit2 kepala memikirkan benda tu.. haha!!

tapi kadang ku ketawa sendiri juga baca novel ni.. ada part2 tu jiwang sangat. of koz ak pnh juga ungkapkan kata2 mcm tu, tp bila ku bygkan pasal org lain...rasa lucu pla. hiihii...abaikan...

huh!! tiba2 ada sesuatu bermain di minda ku. ??????? rahsia :-)

yong tau foo



kenangan ku bersama yong tau foo bermula dengan kazen ku. dia lah yang bertanggungjawab memperkenalkan makanan tu kpd ku. waktu tu, aku...pergi berjalan2 ke rumah sewanya dan berhajat utk bermalam di situ. petang tu, kazen ku bawa aku bersiar2 area rumah sewa nya. trus, dia bawa ku makan..

"nac, cuba lah ni. bagus ni utk kesihatan. ikan, ikan..."

aku pun try lah. nampak pun menarik perhatian dan selera ku. sekali makan, boleh tahan rasanya. so bermula ketika itu, aku suka makan yong tau foo sebab berunsurkan ikan, tauhu, sayur2an... best lah. so asal jak keluar, orang lain akan order ala-carte, ak mesti cari yong tau foo. tapi xlah setiap kali keluar, lunch dgn yong tau foo saja. ikut mood dan selera juga lah. banyak versi yong tau foo aku jumpa. ada yang sos, ada yang sup, tapi aku prefer sup sebab, 2 dalam 1. xyah beli air :-P . jimat. haha!!

selama aku minat makan yong tau foo ni, macam2 harga aku jumpa.. macam2 rasa pun ada. tapi paling best aku jumpa dekat oasis foodcourt kat Mid Valley. mahal tu, off course lah. tapi best sebab aku jumpa brocolli, cendawan, dan mcm2 lagi. paling mengejutkan tym posa, aku pegi Pantai Dalam beli benda tu kena harga yang...huh?! biar betul!! ..sebab kuantiti yang aku amik sama ja mcm yang sebelum2 ni..dalam 5-6 benda tapi, harga ala2 Mid punya. ak beli kat bazar je pun... huhu~ ok next, baru2 ni aku beli lagi. kat kafe kolej aku. hehe...apa rasa?? huh! ku rasa the worst yg pernah ak jumpa kot. 1st sebab sos dia masam. 2nd sup yang aku dapat pedas nak mampos, 3rd sebab harga dia mahal. 4th sebab pilihan x banyak... pasal pilihan tu mungkin boleh dimaafkan sebab, apa yg ku nmpak kt cni, x byk org nak makan yong tau foo... tapi...harga tu.. kurang kan lah sikit..kitaorg kan student. dia bagi harga setiap 1 tu rm1...aku amik 5 biji, rm5 dah. kalau sedap sos dia xpe...nih?? huhu~

suddenly, macam kawan aku kata, 'oh, i miss KL' coz kami nih sekarang dekat Puncak Alam...dah move dah fakulti kami tu dari Petaling Jaya.. :((