Saya Mahu Ambil Master.

Sejak habis study bulan Mei tahun lepas, aku cuma duduk rumah sahaja. Menternak lemak. Tapi dalam bulan Ogos, lemak aku telah dibakar bila mak aku minta bantuan dekat pasar tamu. Dalam seminggu aku akan turun ke tiga tempat berlainan untuk tolong mak aku niaga. Aktiviti tu buat aku rasa...kitaran minggu begitu cepat. Percaya tak? alaaa..korang pun mesti terasa punya lah. Tengok sekarang dah penghujung bulan Januari 2011..kejap lagi Februari. Terasa tak?

Walaupun aktiviti tu mengisi masa lapang  aku tetap rasa tak best. Aku rasa macam nak belajar balik. Huh! masa study kata tak mahu study, bila habis study kata mahu study pulak. Teruk betul tak ada pendirian. Tapi betul aku kata, study tu sebenarnya best...siapa kata tak best...um, aku bet kamu yang kata macam tu, ada kerja mau kasi makan keluarga. Kalau tiada, aku tidak respect kamu langsung. (gurau sajaaa...)

Entah macamana aku boleh masuk laman MOHE dan terjumpa pengumunan best berkenaan scholarship. Siapa tak nak scholarship kan. Aku dengan terujanya klik link. Semangat nak belajar balik berkobar-kobar. Siap termimpi2 lagi. tettt..aku tertidur lah lepas mengkaji scholar tu..

Dua kali baca, dua dua buat aku berdebar. Berdebar macam aku bakal hadapi exam, test dan sewaktu dengannya. Berdebar macam aku akan bakal masuk Uni dan berhadapan dengan Prof.2 dan Dr.2 sekalian... Tengok borang permohonan...lagi lah berdebar. Tapi bila scroll bawah dan ke bawah....

Candidates are required to have EITHER at least a credit 6 in English Language at GCE ‘O’ Level Examination or a grade ‘C’ in IGCSE English (as a Second Language) OR an IELTS score of 6.0 or TOEFL minimum overall score of at least 550 (PBT) or 80 (iBT). Please take note that other specific entry requirements will be provided under the separate programmes..

.....urmm aku rasa aku tak layak kot..he he..lain kali lah aku apply :) Tapi kalau betul aku nak apply, aku kena buat research proposal lah dulu..Gegegege!!! Kenapakah aku rasa berdebar?



p.s.: itu syarat untuk masuk Universiti Brunei Darussalam


Yahoo! Messenger.

Sejak laptop kena format tempoh hari..dan juga baru2 ini..aku memang tak install Y!M da. Masa mendowndoad yg lama, satu hal..Masalah line broadband yang hanya support rangkaian paling basic lagi satu hal. Tapi hari ini...aku terasa rindu nak buka tetingkap itu. So aku pergi FileHippo.com dan download Y!M dari sana. Selalu amik masa kalau bab mendownload ni. Tadi cuma amik masa kurang lebih 2 minit. Lepas tu kelik itu ini apa yang patut... Eh! eh...dah siap lah dia install..selalu amik masa bab2 macam ni..siap fail, kena buat semula lagi...Tapi kali ni.....Hihi. Dengan itu, sekarang aku sudah boleh kelik2 keyboard dan borak dengan orang dalam hati.

comelkan wallpaper saya

Ada sesiapa nak borak dgn saya?.... :)

Bila Mula Sekolah, Demam Pun Datang Lah Ye Sayang?

Ingat iklan Maggi dulu-dulu. Budak tu tak nak pergi sekolah sebab nak makan Maggi..Mak dia pula layan kan saja anak dia tu..kalau aku lah dalam situasi tu, belum tentu mak aku nak bagi aku Maggi..Kena hanger mungkin lah..

Dah seminggu hujan tak henti kat sini --apasal pelik je ayat aku nih. tak macam selalu.. bila dah selalu hujan, sakit pun datang. Hujan itu rahmat...sakit pula?? rahmat juga ke? Mungkin penghapus dosa-dosa kecil...jadi jangan nak merungut kalau dapat sakit. Itu dugaan....( so, aku tulis pasal sakit kt sini ni...kira merungut juga ke ha?) :P

Hampir seminggu juga aku sakit. Tak lah sakit mana kalau dibandingkan dengan seorang ibu yang keguguran anak..Aku cuma sakit biasa..Hari Isnin tu...gatal2 leher, huh tahu esok mesti dapat batuk..tapi hari Rabu baru nak makan ubat. ha ha! Mulut aku celupar sikit kot....Ubat batuk tu kata 'untuk batuk yg disebabkan selesema' aku dengan gelak2 cakap..."aku tak selesema"..Cakap besar punya pasal, esoknya aku dapat selesema. Padan muka..

Alhamdulillah...selesema dah tak ada hari ni.. Dua hari aku dok gosok mata sebab berair...dan hembus hingus smpai dalam hidung aku ni aku rasa dah luka2. Kalau lah kulit muka dan hidung aku ni kertas...dah lusuh dah kulit aku tu aku gosok..jangan2 boleh koyak lagi...

Mata dah bengkak daa..
macam juling pun ada...whahahaha!!!

Blog dan Si Tukang Blog

Aku dulu pernah di tag untuk mengikuti satu contest. Aku tangguh dan bila aku tgk balik, dah kuar pun result dia. ha ha ha! lambat betul lah aku ni. Tapi kat sini bukan sebab aku lambat join contest yang aku nak cerita. Aku nak share apa yang aku jumpa BEST kat blog penganjur tu.

Semua benda best dalam blog beliau <---tanggapan aku memandangkan aku tak baca semua lagi. But so far, all posts interesting! Dan sebagai blogger, aku rasa post beliau yang bertajuk 10 Perkara Paling Dibenci Oleh Blogger itu should be the must-read-post entry untuk blogger lain.

Jika di nilai cara2 aku ber-blog mengikut 10 perkara tersebut..aku masih boleh di kategorikan sebagai blogger yg disukai ramai..hihi. No..I dont think I have point to be liked. Blog aku pun bukan blog berinfomasi sangat..it just about me. Aku ada jumpa somewhere yg aku dah tak dapat nak cari balik kat mana...(jika itu ada kt blog kamuu, sila infom sy ok..) dia tulis seakan bunyi macam ni : its not about u and yourself, its about you and your readers... Oh God, macam pelik ja ayat ni...tapi paling aku ingat ayat akhir dia yang tu lah..its about u and ur readers...maksdnya, berblog itu jgn lah syok sendiri, consider jg lah readers lain..

Nampaknya aku kena olah kembali cara penulisan aku, supaya jadi lebih menarik dan menitik beratkan pembaca sekalian




.........kenapa ya, bila aku nak follow blog lain, pada popup window yg muncul tu, tak ada gmbr&ID aku..dan bila aku klik butang follow, aku tak tershow dalam senarai follower blog itu, tetapi bilangan follower dorang meningkat. aku silap setting mana2 ke? tp aku rasa aku tak usik apa pun, sebab sebelum ni ok je..


Am I the 70th Lucky Follower??

YES I am...untuk blog Firhan Abqari. :)
Lucu ni...
eh eh, bukan lucu yg itu..
Lucu dalam istilah aku sebab benda ni buat aku keep having a big, very big smile
First time ni ada luck untuk acara2 macam ni
Waaahahaha..... (terus baca horoscope, mana yg suit dgn situasi aku..Libra atau Virgo)


Ok, sempena aku jadi 70th follower utk blog Firhan Abqari, aku diberi award yang akan ku letak di sidebar. Then, aku juga akan menerima sedikit sumbangan daripada Firhan Abqari iaitu presentation wallpaper yang original di reka sendiri oleh beliau dan....ada hadiah misteri .. :) [<---copy ayat drpd blog beliau]. Those yg terasa macam unlucky tu, dont worry sebab Firhan Abqari juga buat award utk follower blog beliau yg ke-77, 88, 99, dan 111.

Jenguk jenguk lah blog Firhan Abqari..kot korang adalah the next lucky person. :)




ayattiadakaitandenganisudiatas: Lagu Linkin Park dah makin slow kan, mcm Waiting For the End. Tp ok jgk walaupun sedikit lentok... :)


Ada Zodiac Sign Baru??

Tadi buka Hitz.fm..tiba2 dengar:

"I born on 16 July"
"Oh now you're in Gemini!"

***********
"My old sign was Aries and now I'm on Pisces!"

***********

"What day did you born?"
"13 Dec"
"Congratulation! you're on the new sign, Ophiuchus"

#########

Aku yang sungguh blur dangan isu DJ JJ dan Ean tu cakap..cepat2 cari info dekat tenet. Mula-mula aku jumpa simbol zodiak macam biasa saja. Tak ada yang berubah. Scroll bawah lagi, tiba2 jumpa yang kononnya simbol zodiak dah berubah, daripada 12 signs sahaja sebelum ni, dah jadi 13 signs. Jom cek apa zodiak baru anda:

Capricorn - Jan 20 to Feb 16
Aquarius - Feb 16 to Mar 11
Pisces - Mar 11 to Apr 18
Aries - Apr 18 to May 13
Taurus - May 13 to Jun 21
Gemini - Jun 21 to Jul 20
Cancer - Jul 20 to Aug 10
Leo - Aug 10 to Sep 16
Virgo - Sep 16 to Oct 30
Libra - Oct 30 to Nov 23
Scorpio - Nov 23 to Nov 29
Ophiuchus - Nov 29 to Dec 17
Sagittarius - Dec 17 to Jan 20

Sesetengah orang terima perubahan ni, dan sesetengah menolak sebab bagi mereka kenapa harus ada perubahan setelah sekian lama dorang pegang/amalkan kepercayaan pada zodiak dorang.

Huh, bagi aku, ada perubahan kah, tiada perubahan kah...sama sahaja sebab aku tak pernah nak ambil kisah bab ni. Of course kadang tu baca juga dalam majalah ramalan2 zodiak ni, tapi tak pernah ambil serius...



p.s.: dulu aku Libra sekarang dah jadi Virgo...macam pelik pula owh! :)
p.s.s.: macam mana simbol untuk Ophiuchus ha??


Berita Terkini TV13

kedai lama membakut


MEMBAKUT, Satu kebakaran telah berlaku di Pekan Lama Membakut kira-kira pukul 11 malam semalam. Satu blok rumah kedai telah musnah dalam kejadian ini dan dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Mengikut firasat saya, kejadian ini mungkin disebabkan litar pintas berikutan keadaan bangunan yang sudah agak berumur ini menggalakkan lagi kemarakan api. Antara kedai yang terlibat adalah Yung Siang Ent., Kedai Si Kuang, beberapa buah kedai makan dan........masih ada kedai emas kah di blok itu ya? Blok kedai ini juga merupakan pusat hentian bas untuk ke pekan lain dan juga bandar Kota Kinabalu.



akukata: nah...tiada sdh tpt orang lepak main billiard sama minum kopi..
akukatalagi: baru perasan 4 batang tiang yg pendek tu adalah pondok telefon yang aku selalu main, call operator dulu..

gambar ihsan daripada cikgu saya


Jom Melukis II

semalam aku lawat adik aku.
lawat ke bilik dia sahaja lah...
bukan adik aku sorang lagi...yg tu jauh sangat kalau nak melawat.

"kak, semangat ni..semangat!" sambil menunjukkan skrin laptop yg sedang loading untuk buka program
"ceh...apa kunun.."
"naa... ha ha ha! paksa buat outline baru. tengok yang asal ni..."
"ko buat guna apa tu?"
"pakai line.."
"uinaaaaa..rajin juga ko"
"uii semangat baa"
"bah! aku pun mau buat juga lah. ha ha ha! tapi aku nda pandai melukis... ~ ~ "
"uekk!! tiiipuuuuuu"

kuar dari bilik adik aku tu, aku pun melukis..ha ha ha! pen-jealous juga aku ni rupanya..

hasilnya:


sila sila komen..ha ha ha!!

Jom Melukis...

Lucu pula tengok header baru tu.
macam lukisan dinding tadika saja.
yaaa...mahu update blog, tak ada cerita yang boleh di-post.
so, kita update header saja lah..


cepat-cepat like header baru saya. hi hi...


30 Days Blog Challenge: Day 30

A photograph of yourself today and three good things that have happened in the past 30 days

Post ini sepatutnya dibuat pada 1hb yg lepas. Memandangkan tahap kemalasan aku mengalahkan tikus mondok lepas makan, maka tertangguhlah post ini sehingga hari ini. Akan tetapi, tugasan yang diberikan sudah dilaksanakan pada hari tersebut juga. Oleh itu, ini lah gmbar yang diminta:


Sepanjang 30 hari sebelum 1hb itu, banyak yang telah berlaku pada diri aku.antara perkara baik yang terjadi (sebab soalan ini meminta aku untuk menyatakan perkara baik yang berlaku, bukan..?) adalah:
Aku telah bertemu dengan anak cousin aku yang aku tertanya-tanya bagaimanakah rupanya…..sebab mama aku kata mak dia (my cousin's wife) x bagi dia makan selain susu badan semata-mata even umo dia dah lebih 6 bulan

Aku telah bertemu dengan cousin aku yg…..aku macam tidak percaya anak dia sudh 8 bulan… rasa macam baru semalam aku pegi majlis kahwin dia.

Aku dapat berita gembira daripada UMS…..even baru ujian, tapi kiranya ada bunga-bunga harapan lah juga. Sebabnya panggilan 1st aku ter-miss gara-gara lambat check plus, masa dia langgar dgn tarikh konvo aku.

Ok, challenge dah tamat. SENANG HATI.


5 Januari 2011

last Tuesday(4th Jan) I went to KK to meet my Uni best buddy . Got the same reason why we were there - sat for the Ujian Psikometrik - chet! nervous yg tidak boleh di-explain...night before the test, I'm trying to prepare something that I dont know what to prepare of. ha ha. sungguh BIDA kan itu perasaan.. nah, cuma boleh berdoa dalam tidur, moga dipermudahkan segala urusan.

Jadual aku utk test tu, 5 Jan, 2 petang. sekali aku dan kawan ku datang awal dalam pukul 10. Nasib ada signboard di dalam tu, kalau tidak...pusing2 lah kau satu UMS mencari dimana kunun itu ujian dibuat.

"mau pi mana ni?"
"aaaa...unit media dan teknologi pendidikan"
"oh, aku pun tia tau tu di mana"
"kami pun nda tau ni uncle..."
"sana tu kan. di pejabat. di sana saja tu ada pejabat..."
"errr......"

tiba di round about...tapi uncle tu sdh buat belok kiri masuk kawasan office yg dikatakannya tadi

"oh! sana uncle! sana....belok kanan tadi!!"

haha! punya ribut infom uncle tu suruh masuk kanan....nah, tu uncle lagi terer buat U-turn di pangkal selekoh round about tu. hi hi!!

pendek cerita, ujian selesai pukul 12, sebab pegi join group test pukul 11 punya. kalau tau boleh buat awal, huh, pukul 8 lagi turun UMS. jadi ada banyak masa mau bersukasuka dgn kawan ku tu.. so the rest time left spent dgn berjalan-jalan di bandaraya KK, dari langit cerah....sampailah bulan datang menemani kami..hihi.

Hariku di Tahun Baru

patut kan, new year ini mesti mau semua happy2 yang jadi sama diri kita. sebab tahun baru laaaa...hi hi..kira macam buka buku baru maa..tapi kan, kenapa aku mau stress2? baru buka 2 helai ini buku baru, sudah mau stress2..macammana mau buka lagi 363 helai?


itu hari....ceh, kelmarin lah. aku pegi 1 kedai. ada sorang lelaki. aku ingat dia macam aku. mau beli barang. aku nmpak dia jalan laju saja ikut belakang aku. dalam hati 'oh dia mau cepat mgkin' so aku pegi belok dekat satu rak, bagi dia lalu. tiba2 dia berhenti depan aku.

"cari apa?"
"oh, teda...saja tengok2" sambil kontrol muka terkejut kalah rupa beruk lepas tu aku pegi celah rak yg lain. dia ikut....
"cari apa? barang dapur kah...apa kah"
"......." tidak keluar kata apa. buat buat sibuk tengok mangkuk kertas utk muffin.
"boleh kenalan"
"...."
"boleh berkenalan ka?"
"nda" aku pikir kalau aku diam dia boleh blah...
"alaaa boleh la"
"nda payah lah...buat apa juga." cepat2 jalan pegi rak lain. tapi mood mau usha barang sudah terbang gara2 itu lelaki. lalu aku keluar dari itu kedai walaupun baru berapa saat aku di dalam.


di satu kedai lagi.
sudah berbaris mau bayar. aku tidak tahu lah. ini manusia kaaa kambing2 kejakunan sama itu mesin cash. aku tau lah kau mau cepat. aku pun mau cepat juga. nanti itu driver aku kasi tinggal, aku tidak mau mengengsot balik rumah. kau pegi potong line aku kenapa?. aku panas... itu cashier pun satu. memang lah kau satu saja tapi...boleh kah kau buat kerja dengan penuh dedikasi sikit. sempat lagi kau mengilai sana sama tu kawan kau. mau tidak mau aku pun kasi keluarlah itu skill ketika main ragbi masa muda2 dulu. kalau tidak, nanti kambing2 sekalian jadi 'kambing guling' oleh ke-panas-an aku.


ini satu kisah lagi.
bikin muka aku jadi biru, dan ada 3 garis peluh di dahi.
siok2 aku pegi beli kuih itu satu makcik, boleh dia tanya aku soalan terang lagi bersuluh.."kau islam kah?" aduiiiiiiiyaiiiii. ini makcik kan..apa aku sedang pakai tudung halimunan kah waktu itu? makcik nampak kah rambut ala2 fesyen pontianak terbaru sedang beraksi di kepala aku? aku pun dengan lemah2 sotong jawab "ya makcik. saya muslim". makcik ni pun bertudung juga, perlukah aku menyoal soalan yang sama dengan beliau..nasib baik lah kuih dia sedap kalau tidak.....huh!